Majlis penyerahan pokok kopi angkat telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 7 Julai 2017 bertempat di dataran perhimpunan sekolah. Sebanyak 150 pokok kopi telah disumbangkan oleh En. Cheng Kong Hoy, Ketua Kampung, JKKK New Kopisan kepada pihak sekolah.
Penyerahan pokok kopi angkat ini simbolik dengan nama kampung 'Kopisan' dan sebagai tanda penyatuan hubungan yang erat di antara pihak sekolah dengan masyarakat sekitar sekolah iaitu penduduk Kopisan Baru.
Diharapkan dengan majlis seumpama ini akan dapat mengukuhkan lagi talian silaturahim pihak sekolah dengan masyarakat sekeliling.
No comments:
Post a Comment