Monday, December 14, 2015
Monday, November 16, 2015
Wednesday, October 28, 2015
MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
Majlis Jamuan Akhir Tahun SISG 2015 telah diadakan pada 24 Oktober 2015 di Hotel Heritage Ipoh. Majlis ini bermula jam 3:00 petang. Majlis ini dipengerusikan oleh En. Nuh dan Cik Mazlia. Turut serta dalam majlis ini Puan Junaidah (Kak Jun) dan YDP PIBG, En. Tarmizi.
Majlis ini juga meraikan Pn. Asiah yang akan berpencen pada hujung tahun 2015 dan Miss Sarah yang akan kembali ke Amerika setelah 10 bulan berada di SISG.
Selain menikmati jamuan, aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan. Majlis ini berakhir sekitar jam 6:00 petang. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SISG atas kejayaan mengadakan majlis ini.
SIS GOT TALENT
'SIS GOT TALENT 2015' telah diadakan pada 22 Oktober 2015 di tapak perhimpunan sekolah. Program ini bermula dengan sesi pendaftaran peserta seawal jam 7:45 pagi.
Program ini dijalankan oleh Girls Club bersama-sama dengan Miss Sarah dan guru Bahasa Inggeris yang lain. Aktiviti yang dipertandingkan adalah 'Dancing, Singing, Trashketball and Prinz Dance Studio Performance'.
Program ini berakhir jam 1:00 petang dengan upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua dan tetamu jemputan. Tahniah kepada pihak penganjur di atas pelaksanaan program ini.
Tuesday, October 27, 2015
PERKHEMAHAN PERDANA SISG
Alhamdulillah. Perkhemahan Perdana SISG 2015 telah berlangsung dengan jayanya di PLKN Kem Gemilang, Gopeng, Perak pada 16 - 17 Oktober 2015. Program ini telah disertai oleh 8 Unit Beruniform SISG yang terdiri daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Polis DiRaja Malaysia, Pergerakan Puteri Islam, PKBM (D), Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Kadet Bomba dan Kadet Remaja Sekolah.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Night Walk, Flying Fox, Sukan Kreativiti dan Merentas Halangan.
Tahniah dan syabas kepada guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.
Sunday, October 11, 2015
HARI SUKAN NEGARA SIS
SMK Idris Shah Gopeng telah mengadakan aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2015. Aktiviti ini bermula jam 8:00 pagi dan dijalankan di padang sekolah. Pihak sekolah telah menjemput jurulatih-jurulatih dari PLKN Gopeng sebagai instruktor senamrobik.
Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah dan jurulatih-jurulatih PLKN Gopeng atas penglibatan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam menjayakan aktiviti ini.
Saturday, October 10, 2015
MAJLIS RESTU PELAJAR PT3
Semoga pelajar-pelajar SIS Gopeng berjaya dalam PT3 2015. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mendidik dan mengajar pelajar-pelajar
tingkatan 3 tahun 2015.
tingkatan 3 tahun 2015.
Wednesday, October 7, 2015
STAF
STAF
Dari kiri atas: Norhisham B Isa, Ahmad Norikram B Ahmad Termizi, Sawiyah Bt Isa, Halimatus Saadiah Bt Kassim.
Kiri bawah: Umi Salmah Bt Ab Rahman, Afiezah Bt AkhirGURU SMK IDRIS SHAH
BARISAN PENTADBIR DAN GURU KANAN
EN SHARIFUDDIN B KHALID PENGETUA |
EN MUSLIM B AHMAD PK PENTADBIRAN |
CIK HAJAH MAIZUN BT MUHAMAD RAZALI PK HEM |
EN SEGAR A/L JEGANATHAN PK PETANG |
PN KHAIRULANIZA BT KHAIRUDDIN PK KO KURIKULUM |
EN MANSOR B SALIM GK KEMANUSIAAN |
PN HJH NORSALIZA BT SHAHARUDDIN GK BAHASA |
PN HJH ZURAIDAH BT ZAINAL GK VOKASIONAL & TEKNIK |
EN LEONG PENG WAI GK SAINS & MATEMATIK |
VISI, MISI DAN MATLAMAT
VISI
Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang berilmu,berketerampilan
dan bersahsiah mulia
LOKASI SEKOLAH
SMK IDRIS SHAH
Jalan Kopisan,
31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan
Tel/Fax:05-3591314
31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan
Tel/Fax:05-3591314
emel: smkidrisshahgopeng@gmail.com
Facebook: SMK Idris Shah (Official Site)
SEJARAH SMK IDRIS SHAH GOPENG
SMK Idris Shah Gopeng mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Ianya bermula pada tahun 1962, bila pelajar-pelajar tingkatan 1-aliran Inggeris telah menyambung pelajaran mereka di Government English School setelah tamat darjah VI di sekolah yang sama, iaitu di SRK Gopeng pada masa ini. Pada waktu itu juga terdapat Tingkatan 1 sekolah lanjutan yang merupakan sebahagian daripada pelajar di Government English School, tetapi oleh kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi, mereka belajar di SRJK (C) Man Ming. Kemudiannya, pelajar di SRJK (C) Man Ming ini berpindah pula ke SRJK (C) New Kopisan.Pada awal Januari 1965, hasrat untuk mempunyai bangunan sekolahnya sendiri tercapai apabila bangunan sekolah ini siap dan digunakan pada April 1965 dan dinamakan Lower Secondary School, Gopeng.
Pada tahun 1965, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok A, B dan C termasuk 2 buah makmal, 1 bilik Sains Paduan dan sebuah kantin.Bilangan pelajar pada waktu itu adalah seramai 533 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 30 orang guru.Pada tahun 1964, hanya ada sebuah kelas tingkatan 3.Para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SRP akan menyambung pelajaran Tingkatan IV disekolah-sekolah di Ipoh atau Kampar.
Pada tahun 1965, Lower Secondary School Gopeng telah mengambil para pelajar tingkatan 1 dari aliran Melayu, dimana calon dari kedua-dua aliran ini mengambil pepriksaan Sijil Rendah Pelajarannya pada tahun 1967.Pada waktu itu terdapat 2 buah kelas aliran Melayu dan 3 buah kelas aliran Inggeris.
Masa terus berlalu dan sekolah ini terus berkembang dengan pesatnya terutama sekali dengan pertambahan murid-muridnya. Pertambahan murid ini telah membawa kepada perlunya pertambahan bilik-bilik darjah, di mana blok D telah ditambah pada tahun 1975, blok E dan F pula telah dibina.Dengan siapnya kedua-dua bangunan ini, maka sekali lagi sekolah ini telah mengukir sejarahnya tersendiri di mana sekolah ini kemudiannya dinamakan SMK Idris Shah, Gopeng mengambil sempena DYMM Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Allahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan pada 10 Ogos 1976 oleh Paduka Seri Sultan Perak sendiri bersempena dengan keputeraan Baginda yang ke-52.

Subscribe to:
Posts (Atom)