Tuesday, October 27, 2015

PERKHEMAHAN PERDANA SISG


Alhamdulillah. Perkhemahan Perdana SISG 2015 telah berlangsung dengan jayanya di PLKN Kem Gemilang, Gopeng, Perak pada 16 - 17 Oktober 2015. Program ini telah disertai oleh 8 Unit Beruniform SISG yang terdiri daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Polis DiRaja Malaysia, Pergerakan Puteri Islam, PKBM (D), Pengakap, Persatuan Pandu Puteri, Kadet Bomba dan Kadet Remaja Sekolah.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Night Walk, Flying Fox, Sukan Kreativiti dan Merentas Halangan.

Tahniah dan syabas kepada guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.


No comments:

Post a Comment