Wednesday, October 28, 2015
MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
Majlis Jamuan Akhir Tahun SISG 2015 telah diadakan pada 24 Oktober 2015 di Hotel Heritage Ipoh. Majlis ini bermula jam 3:00 petang. Majlis ini dipengerusikan oleh En. Nuh dan Cik Mazlia. Turut serta dalam majlis ini Puan Junaidah (Kak Jun) dan YDP PIBG, En. Tarmizi.
Majlis ini juga meraikan Pn. Asiah yang akan berpencen pada hujung tahun 2015 dan Miss Sarah yang akan kembali ke Amerika setelah 10 bulan berada di SISG.
Selain menikmati jamuan, aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan. Majlis ini berakhir sekitar jam 6:00 petang. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SISG atas kejayaan mengadakan majlis ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment